Make your own free website on Tripod.com
SEJARAH SEKOLAH

    Sekolah Sultan Mansor Shah telah ditubuhkan pada 01hb. Januari 1965. Kumpulan pertama pelajar terdiri daripada kira-kira 278 orang yang belajar di 4 kelas tingkatan 1 dan 3 kelas peralihan dan tenaga pengajarnya seramai 10 orang.

    Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Rendah XXVIII. Pada Awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Chee di sebelah petang selama hampir dua tahun.

    Pada 22hb. Ogos 1996,sekolah ini berpindah ke bangunannya sendiri iaitu bangunan yang ada sekarang. Bilangan penuntutnya bertambah dengan cepat. Pada tahun 1976 kelas-kelas di sebelah petang terpaksa diadakan kerana bilangan bilik darjah tidak mencukupi. Tenaga pengajar bertambah kepada 15 orang , murid 455 orang dan kakitangan bukan guru 4 orang. Pada masa itu terdapat 18 bilik darjah, 1 makmal sains, 1 bengkel seni perusaahan, bilik sains rumah tangga serta sebuah pejabat dan kantin.

    Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Encik Mohd. Khir Johari, selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Nama sekolah ini telah ditukar kepada "SEKOLAH SULTAN MANSOR SHAH " iaitu mengambil sempena nama Sultan Melaka (1459-1477) yang termasyur. Pada pertengahan penggal kedua tahun 1976, bangunan tambahan yang baru mula digunakan. Mengandungi 5 buah bilik darjah , 2 makmal sains, perpustakanan dan 1 bilik sains rumah tangga. Sebuah padang juga telah siap dibina.

    Pada pertengan tahun 1987, Jabatan Agama Islam Melaka telah meluluskan pembinaan sebuah surau sekolah. Surau ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj. Ahmad b. Abdullah, ahli Exco bahagian Agama Negeri Melaka. Pada penghujung tahun 1988, kantin sekolah telah diubahsuai untuk dijadikan dewan sekolah sebahagiannya. Pada pertengahan tahun 1991 sebuah bangunan baru mengandungi 12 buah bilik darjah telah dibina.

    Pada hari ini sekolah ini mempunyai seramai 44 orang guru, 13 orang kaki tangan bukan guru dan seramai 771 orang pelajar
Pentadbir Bersama