Pn. Nyaros binti Rasol
Pengetua
Sek. Men. Keb. 
Sultan Mansor Shah

Bicara Pengetua

Bismillah hirrahman nirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tahun 2000, merupakan tahun yang penuh bermakna bagi seluruh warga
Sek. Men. Keb. Sultan Mansor Shah kerana sama-sama mengharungi arus dunia globalisasi dan perkembangan teknologi mulimedia.

Dengan penggunaan komputer, diharap para guru dan pelajar sekolah ini dapat manfaatkannya ke arah menjadikan salah satu sumber penting untuk mendapatkan maklumat yang baik, terkini dan berguna dalam kehidupan seharian.

Bagi para guru dan pelajar, saya berharap penggunaan teknologi. Ini dapat menghasilkan kecemerlangan dalam pendidikan sera kecekapan dalam bidang pengurusan pentadbiran sekolah selaras dengan hasrat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara, Insya' Allah.

Sekian dan terima kasih.

Selamat Maju Jaya